Langkau ke kandungan utama

eSIM percuma dan Pelan Data 1 GB Global

Terma dan syarat umum

Promosi ini dianjutkan oleh by Kaspersky Lab Singapore Pte Ltd (“Kaspersky”). Dengan memasuki Promosi ini, peserta memaklumi dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang dijelaskan di dalam ini. Kegagalan untuk mematuhi terma & syarat ini, termasuk apa-apa arahan khusus yang dikeluarkan oleh Kaspersky dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa, akan mengakibatkan penyingkiran serta merta peserta daripada Program ini.

1. Tempoh Promosi

Promosi ini akan dijalankan dari 2 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025 (“Rangka masa”). Apa-apa pembelian yang dibuat diluar Rangka masa yang dinyatakan tidak layak untuk Promosi ini.

Rangka masa boleh dipinda bergantung pada ketersediaan Hadiah.

2. Kelayakan

Promosi ini hanya terbuka kepada Peserta yang Layak, yang mestilah orang sebenar yang cukup umur, tanpa menghiraukan kewarganegaraan, berada di Malaysia, yang layak untuk membeli di https://www.kaspersky.my/, https://www.kaspersky.my/ms.

3. Hadiah

Sila ambil perhatian bahawa Hadiah terhad dan tertakluk pada ketersediaan.

Peserta yang memenuhi semua kritera yang berkaitan akan menerima satu (1) eSIM dengan 1 GB data internet percuma (Pelan data global yang membolehkan akses internet dalam 122 negara dan wilayah) yang disediakan oleh BNESIM (“Hadiah”).

Sila perhatikan terma yang beriktu mengenai Hadiah:

(a) Selepas berjaya memasuki Promosi (seperti yang dijelaskan dalam bahagian 4 di bawah), setiap peserta akan menerima Kod Hadiah untuk Hadiah dala e-mel mereka yang ditetapkan. Kod hadiah mesti dimasukkan pada aplikasi Kedai eSIM Kaspersky di bawah bahagian bertajuk “Saya ada hadiah”, atau di laman web “www.kasperskyesimstore.com”;

(b) Kod Hadiah boleh digunakan hanya sekali;

(c) Hadiah Kod tidak boleh disatukan dengan promosi lain;

(d) Kod Hadiah seharusnya diaktifkan sebelum 31 Mei 2026 (Masa Standard Teluk). Selepas itu, Kod Hadiah tidak lagi boleh diaktifkan;

(e) Selepas pengaktifan, Hadiah (iaitu eSIM 1 GB) hanya sah untuk tempoh 30 hari selepas pengaktifan. Hadiah mungkin tamat tempoh sebelum 30 hari jika Data Internet 1 GB telah kehabisan;

(f) Senarai negara termasuk dalam pelan data e-SIM Global tersedia pada aplikasi mudah alih Kedai eSIM dan di www.kasperskyesimstore.com. Penggunaan eSIM hanya tersedia pada peranti yang menyokong teknologi eSIM (senarai peranti yang serasi tersedia pada aplikasi mudah alih Kedai eSIM dan di www.kasperskyesimstore.com).

Hanya satu Hadiah akan ditawar setiap pesanan, walaupun pesanan mengandungi beberapa produk Kaspersky. Tawaran ini tidak sah untuk pembaharuan.

4. Cara untuk Menyertai

Untuk memasuki Promosi, peserta mestilah:

(a) Beli Kaspersky Plus atau Kaspersky Premium (“Produk”) di https://www.kaspersky.my/, https://www.kaspersky.my/ms sebelum akhir Rangka masa.

• Apabila Produk ditambah ke troli, peserta akan melihat Hadiah dalam troli juga. Jika Produk dikeluarkan dari troli, Hadiah juga akan dikeluarkan.

• Kemasukan ini tidak akan dianggap sah jika peserta membeli apa-apa produk Kaspersky lain.

• Kemasukan tidak akan sah jika peserta beli Produk di luar Rangka Masa.

(b) Kemudian peserta akan menerima e-mel pada alamat e-mel yang dinyatakan menyertakan kedua-dua:

(i) Kod Pengaktifan Produk Kaspersky dan arahan untuk Produk; dan

(ii) Kod Hadiah untuk Hadiah.

Tidak ada yuran kemasukan yang diperlukan untuk menyertai dalam Promosi ini.

5. Umum

(a) Kaspersky mempunyai hak untuk meminda kaedah kemasukan Promosi tanpa notis untuk apa-apa sebab sekalipun.

(b) Kaspersky mempunyai hak untuk meminda Rangka Masa tanpa notis atas apa-apa sebab sekalipun.

(c) Kaspersky mempunyai hak untuk menamatkan Promosi tanpa notis atas apa-apa sebab sekalipun.

(d) Kaspersky akan menggunakan usaha terbaiknya untuk memaklumkan peserta yang layak bahawa Promosi telah tamat jika Hadiah kehabisan, tetapi Kaspersky tidak akan bertanggungjawab kepada peserta yang layak yang telah memenuhi syarat kemasukan selepas Hadiah kehabisan.

(e) Kaspersky tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa-apa keadaan atau memberi notis rasmi untuk memberi apa-apa pampasan kewangan atau pembayaran balik kepada mana-mana peserta sekiranya berlaku:

1. Ketidakupayaan peserta untuk menggunakan Aktifkan Hadiah;

2. Kegagalan peserta atau terlupa Aktifkan Hadiah sebelum 31 Mei 2026; atau

3. Kehilangan, pemadaman, kecurian, atau kerosakan kepada Kod Hadiah.

(f) Kaspersky mempunyai hak untuk menyekat Pengaktifan Hadiah sekiranya berlaku penipuan atau dalam apa-apa hal di mana, atas apa jua sebab sekalipun, kod dikeluarkan untuk hadiah yang tidak dijelaskan dalam terma & syarat ini.

(g) Hadiah yang ditawarkan dalam Promosi ini bertujuan untuk penggunaan peribadi sahaja, dan dilarang untuk dijual semula.

(h) Kaspersky tidak akan dapat menghantar Kod Hadiah kepada peserta jika peserta memberi maklumat yang tidak tepat apabila membeli Produk. Kaspersky, wakil jualan atau pengedarnya tidak boleh dipertanggungjawabkan.

(i) Memandangkan semua Hadiah tertakluk pada ketersediaan, Kaspersky mempunyai hak untuk membatal, menukar, mengganti atau mengeluar Hadiah membuat pindaan, menukar atau mengganti syarat Hadiah dari masa ke masa mengikut budi mutlaknya, tanpa notis kepada peserta.

(j) Hadiah tidak boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagiannya dalam bentuk tunai.

(k) Dengan mendaftar untuk Promosi ini, setiap peserta bersetuju kepada data peribadi mereka (e-mel) disimpan dalam pangkalan data dan bersetuju kepada penggunaannya untuk tujuan promosi, pemasaran dan publisiti masa hadapan oleh Kaspersky.

(l) Promosi ini tertakluk pada undang-undang Singapura.