Program Diskaun Pendidikan
Terma & Syarat
Program Diskaun Pendidikan ini (selepas ini dirujuk sebagai “Program”) dianjurkan oleh Kaspersky Lab Singapore Pte Ltd (“Kaspersky”).
Dengan menyertai Program ini, Peserta mengakui dan bersetuju untuk terikat dengan terma & syarat yang ditetapkan di sini. Kegagalan untuk mematuhi terma & syarat ini, termasuk apa-apa arahan khusus yang dikeluarkan oleh Kaspersky dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa, akan mengakibatkan penyingkiran serta merta peserta daripada Program ini.
1. Tempoh Program
Program ini akan tersedia mulai 17 Oktober 2025 hingga 29 September 2028 (“Rangka masa”).
2. Kelayakan
Program ini terbuka kepada:
(i) individu yang sedang belajar di Indonesia dan Malaysia di institut pendidikan terpilih; DAN
(ii) yang memiliki alamat e-mel rasmi yang diberikan kepada mereka oleh institut pendidikan terpilih.
Ini termasuk pelajar, guru, pensyarah, dan semua kakitangan yang lain daripada institut pendidikan terpilih (“Peserta”).
Senarai dan definisi “institut pendidikan terpilih” akan diurus oleh Kaspersky.
3. Manfaat
Peserta yang mendaftar menggunakan alamat e-mel yang diberikan kepada mereka oleh institut pendidikan (cth. @edu.id, @edu.my, dll.) akan layak menerima tawaran yang diperibadikan dan membeli versi Kaspersky Standard, Kaspersky Plus dan Kaspersky Premium pada harga diskaun.
4. Cara untuk Menyertai
Untuk menikmati manfaat di bawah Program ini, Peserta hendaklah:
(a) Mengunakan alamat e-mel pendidikan mereka untuk log masuk ke Portal Program melalui salah satu laman web yang berikut:
(i) https://www.kaspersky.com/lp/partner/education
(ii) https://id.kaspersky.com/lp/partner/education
(iii) https://www.kaspersky.my/lp/partner/education
(iv) https://www.kaspersky.my/ms/lp/partner/education
(b) Jika alamat e-mel mereka diiktiraf oleh Kaspersky sebagai milik “institut pendidikan terpilih”, Peserta boleh log masuk ke Portal Program untuk melihat tawaran mereka yang diperibadikan untuk Produk Kaspersky.
(c) Setelah selesai pembelian mereka, kod dan arahan pengaktifan produk akan dihantar ke alamat e-mel pendidikan Peserta yang sah.
PERHATIAN: Tidak ada yuran kemasukan yang diperlukan untuk menyertai program ini.
5. Umum
(a) Produk Kaspersky yang dibeli di bawah Program ini dimaksudkan untuk penggunaan peribadi sahaja dan penjualan semula adalah dilarang. Jika diketahui bahawa produk yang dibeli di bawah Program ini telah dijual semula, Kaspersky mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap Peserta, termasuk tetapi tidak terhad kepada melarang Peserta tersebut daripada Program ini.
(b) Kaspersky mempunyai hak untuk meminda mekanisme Program tanpa notis atas apa-apa sebab sekalipun.
(c) Kaspersky mempunyai hak untuk meminda Rangka Masa tanpa notis atas apa-apa sebab sekalipun.
(d) Kaspersky mempunyai hak untuk mengakhiri Program tanpa notis atas apa-apa sebab sekalipun.
(e) Kaspersky mempunyai hak eksklusif untuk menentukan sama ada institut tersebut memenuhi syarat sebagai “institut pendidikan” untuk tujuan Program ini.
(f) Kaspersky mempunyai hak untuk mengubah atau mengalih keluar diskaun atau membuat pindaan, mengubah, atau menggantikan Terma & Syarat ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya, tanpa notis kepada Peserta.
(g) Kaspersky tidak akan bertanggung jawab untuk pembelian yang dibuat melalui alamat e-mel pendidikan yang tidak sah, jika Peserta tidak dapat mengakses atau menerima kod / arahan pengaktifan kerana penyerahan alamat e-mel yang salah atau tidak sah.
(h) Setiap Peserta mengizinkan maklumat yang diserahkan dengan kemasukan mereka disimpan dalam pangkalan data dan bersetuju untuk penggunaan dan pemilikannya bagi tujuan promosi, pemasaran, dan publisiti pada masa akan datang oleh Kaspersky.
(i) Program ini tertakluk pada undang-undang Singapura.