Langkau ke kandungan utama

Mulakan percubaan percuma 30 hari Kaspersky Small Office Security


Kaspersky
Small Office Security
Percuma 30 hari
Ia gabungkan kesederhanaan perlindungan PC rumah dengan ciri khas untuk memastikan syarikat anda selamat semasa pekerja bekerja.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Hari ini
Percuma selama 30 hari
26/11/2025
Kami akan mengingatkan anda 7 hari sebelum percubaan anda tamat
03/12/2025

Syarat langganan dan pembaharuan auto untuk pelanggan percubaan

Percubaan percuma anda adalah selama 30 hari. Melainkan anda membatalkannya, anda akan memulakan langganan tahunan pada harga pengenalan istimewa selepas ia berakhir. Harga pengenalan dinyatakan pada halaman tawaran anda dan troli membeli belah, bersama-sama dengan butiran tawaran lain, seperti bilangan peranti dan harga pembaharuan standard tahunan, yang anda akan dikenakan bayaran pada tahun hadapan dan berikutnya.

Setelah percubaan anda berakhir, anda akan dikenakan bayaran pada harga perkenalan 12 bulan istimewa. Hampir akhir setiap tempoh langganan tahunan berikutnya, anda akan dikenakan bayaran dengan harga pembaharuan tahunan standard. Kami akan memaklumkan anda tentang pembaharuan auto akan datang melalui e-mel. Kami akan mencuba untuk membil kepada anda lebih kurang 2 minggu sebelum akhir tempoh langganan tahunan anda untuk memastikan perlindungan tanpa gangguan. Langganan diperbaharui secara automatik pada akhir tempoh langganan tahunan, untuk tempoh tahunan berikutnya.

Ada kalanya, harga pembaharuan mungkin berubah. Dalam hal ini, kami akan memaklum anda melalui e-mel. Sila ambil perhatian, diskaun dan tawaran dalam talian mungkin tersedia pada masa pembaharuan anda berikutnya yang tidak digunakan kepada anda.

Langganan akan diperbaharui automatik sehingga anda membatalnya. Anda boleh membatalkan langganan anda melalui akaun anda di portal pelanggan penjual semula kami yang dibenarkan, yang dicipta secara automatik apabila anda membuat bayaran langganan pertama anda. Untuk membatalkan:

      1 Pergi ke penerimaan e-mel yang anda terima selepas pembayaran pertama anda
      2 Klik pautan di bawah Butiran Urus Bayaran
      3 Cipta nama pengguna dan kata laluan anda dan masuk akaun anda dengan mengklik Kelayakan Anda
      4 Klik pada langganan anda untuk melihat butiran
      5 Pergi ke bahagian Urus Langganan, Klik butang Batal dan Batal langganan dalam langkah seterusnya

Sebagai pilihan lain, anda boleh membatalkan langganan anda dengan menghubungi Sokongan Pelanggan Kaspersky. Jika anda membatalkan langganan anda, anda akan dapat mengguna produk untuk tempoh terakhir yang anda telah bayar, tetapi anda tidak lagi dikenakan bayaraan secara automatik setelah tempoh berakhir.